Senarai Terma Yang Biasa Digunakan Dalam Dunia Startup

Sejak kebelakangan ni, terlalu banyak startup yang baru mula bertapak di Malaysia. Istilah startup digunakan bagi merujuk kepada syarikat permulaan atau permulaan organisasi syarikat yang direka untuk mencari model perniagaan yang berulang dan berskala.

Istilah atau terma dan jargon yang digunakan dalam startup kadang-kadang memang agak mengelirukan. Bagi memudahkan anda, kami akan huraikan senarai terma yang digunakan oleh startup.

Kami akan bahagikan setiap terma kepada beberapa kategori bagi memudahkan anda.

Terma produk

MVP: Minimum Viable Product

Minimum Viable Product ialah sebuah konsep yang diperkenalkan oleh Frank Robinson pada 2001 melalui Lean Startup. MVP merupakan proses untuk melakukan produk pada peringkat awal; dimana sesebuah produk hanya mempunyai ciri-ciri asas untuk kegunaan pengguna awal.

Sebenarnya, MVP dihasilkan hanya untuk memenuhi keperluan asas pengguna. Dengan hanya menawarkan ciri asas, maklumbalas pengguna akan dikumpul bagi menghasilkan produk yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri tambahan. Akhirnya, produk yang dihasilkan bakal memenuhi kehendak pelanggan berdasarkan maklumbalas awal tadi.

EVP: Exceptional Viable Product

Konsep EVP ini dicetuskan oleh pengasas Moz iaitu Rand Fishkin. Bebeza berbanding MVP, EVP menggunakan pendekatan sebaliknya. EVP pula merupakan produk yang lengkap dengan pelbagai ciri-ciri tambahan. Maksudnya, produk pertama yang dihasilkan mempunyai hampir semua ciri tambahan.

Matlamat utama EVP adalah bagi mengagumkan pelanggan awal mereka. Tapi yang pasti, untuk hasilkan EVP bukanlah perkara yang mudah. Banyak masa dan tenaga akan digunakan hanya untuk menghasilkan sesebuah produk; justeru membuatkan EVP hanya sesuai untuk produk tertentu sahaja.

Jika ada startup yang ingin memperkenalkan EVP, produk tersebut perlu mempunyai ciri yang luar biasa dan tidak ada di pasaran pada ketika ini.

UI/UX: User Interface and User Experience

Apa itu UI/UX? UX dan UX merupakan terma yang seringkali digabungkan bersama apabila merancang aplikasi (apps) dan perisian (software).

UI merujuk kepada elemen estetika (kecantikan) dalam sesuatu apps. Sebagai contoh, kedudukan butang home di dalam apps sehinggalah ke butang product checkout.

UX pula bermaksud pengalaman yang dialami oleh pengguna ketika menggunakan apps. Contohnya, pengguna akan mengikuti beberapa langkah di dalam apps sebelum dapat membayar harga barang yang ingin dibeli melalui apps tersebut.

No-Code / Low-Code Applications

No-code/ low-code ialah aplikasi (apps) yang digunakan bagi founder yang tidak mempunyai asas teknikal untuk menghasilkan produk.

Dengan adanya tools seperti Bubble dan Airtable, founder dapat menghasilkan mock-up, MVP dan EVP bagi menghasilkan idea produk tanpa memerlukan kemahiran teknikal.

Terma Pemasaran

GTM: Go to Market

Go to market bermaksud strategi untuk memperkenalkan sesebuah startup masuk ke dalam pasaran tertentu. Matlamat utama adalah untuk memperolehi pelannggan baru di dalam pasaran baru (seperti di kawasan tertentu).

CRM: Customer Relationship Management

CRM merujuk kepada software (perisian) yang digunakan oleh startup bagi menguruskan hubungan mereka dengan pelanggan. Antara CRM tools yang sering digunakan ialah Salesforce, Hubspot dan Dynamics.

Growth Hacking

Growth hacking ialah teknik pemasaran yang menggunakan taktik tertentu bagi meningkatkan bilangan pengguna atau pelanggan yang melanggan perisian atau membeli produk yang ditawarkan dalam sesebuah startup.

Terma berkaitan KPI dan kewangan

MRR: Monthly Recurring Revenue

Monthly Recurring Revenue bermaksud pendapatan berulang bulanan. Secara mudahnya, MRR ialah pendapatan yang syarikat akan terima setiap bulan dari pelanggan. Formula yang digunakan adalah bilangan pelanggan bulanan dibahagikan dengan pendapatan purata bagi setiap pengguna.

MRR merupakan metrik yang digunakan secara meluas bagi syarikat Saas dan syarikat perisian untuk mengenalpasti prestasi jangka masa pendek yang telah mereka gunakan.

ARR: Annual Recurring Revenue

Annual Recurring Revenue ialah pendapatan berulang tahunan. Pendapatan berulang tahunan ini merupakan pendapatan yang syarikat harapkan akan terima dari pelanggan mereka. Terma ARR selalunya digunakan bersama MRR. Namun, ARR digunakan bagi mengenalpasti stategi jangka masa panjang dan saiz bisnes.

Run Rate (Annual / Revenue Run Rate)

Run rate ialah kadar hasil jualan. Metrik ini selalunya digunakan sebagai ramalan untuk prestasi kewangan bagi syarikat software / SaaS. Selalunya, run rate dikira secara tahunan dengan cara kiraan pendapatan bulanan x 12 bulan.

YoY: Year over Year

Merujuk kepada tahun ke tahun. Juga boleh berlaku dalam jangka masa lain seperi MoM iaitu bulan ke bulan.

Churn

Churn merupakan istilah dimana syarikat kehilangan pelanggan dan pelanggan tidak lagi meneruskan bisnes. Istilah ini sesuai bagi bisnes secara B2B atau B2C. Selalunya, kadar churn dikira menerusi peratusan pelanggan sedia ada.

Sebagai contoh, jumlah kehilangan pelanggan dibahagikan jumlah pelanggan semasa bagi jangka masa tertentu (sebagai contoh 30 hari) dan didarabkan dengan 100%.

Secara amnya, kadar churn seharusnya bawah 3% dan boleh jadi berbeza mengikut jenis bisnes.

Burn-rate

Burn-rate ialah jalan kira yang dilakukan untuk mengira biaya kewangan dari VC (venture capital) yang dikeluarkan oleh startup untuk overhead sebelum mendapatkan cash-flow positif dari bisnes tersebut.

29% bisnes startup gagal disebabkan kehabisan wang. Jadi, menguruskan burn-rate merupakan sesuatu yang sangat penting supaya anda tidak menghabiskan wang dengan sesuatu yang tidak perlu.

CAC: Customer Acquisition Cost

CAC merupakan kos bagi mendapatkan pelanggan termasuk secara jualan, pemasaran atau kos lain yang berkaitan. CAC sangat penting bagi membantu startup untuk mendapatkan sumber terbaik bagi memperoleh pelanggan.

CAC akan berubah berdasarkan kepada pelanggan, taktik dan faktor-faktor lain dari bisnes tersebut.

LTV: Lifetime Value (Customer)

LTV ialah metrik yang digunakan bagi mengenalpasti berapa nilai yang akan startup hasilkan melalui seorang pelanggan. LTV merupakan kaedah terbaik bagi mengira keuntungan yang akan dijana oleh sesuatu bisnes dalam jangka masa panjang.

NDR: Net Dollar Retention

NDR ialah churn metrik yang digunakan bagi mengira peratusan pendapatan berulang dari masa ke semasa.

Jika NDR melebihi 100%, bermakna anda akan mendapat peningkatan pendapatan dari pelanggan anda. Namun jika NDR anda bawah 100%, bermakna akan ada penurunan pendapatan. Inilah sebabnya mengapa churn sangat penting untuk startup kerana growth tidak dapat berlaku tanpa memperolehi pelanggan baru.

Monthly Active User

Monthly active user merujuk kepada jumlah pengguna unik yang menggunakan produk atau aplikasi anda dalam masa sebulan yang lepas. KPI ini selalunya penting bagi platform media sosial kerana dapat menunjukkan prestasi produk anda secara umum.

Terma Syarikat

VC: Venture Capitalist

Venture capitalist merupakan pelabur yang menumpukan pelaburan pada startup yang berada dalam fasa growth. VC boleh berbeza mengikut tahap growth sesebuah startup samada di fasa awal growth atau fasa akhir growth. Adakalanya, VC turut terlibat semasa pusingan peringkat awal (early stage seed round). Selalunya, VC merupakan sebahagian daripada firma atau dana yang hanya menumpukan pelaburan pada syarikat startup.

Angel

Angel dalam terma bisnes bermaksud pelabur yang selalunya terlibat pada peringkat awal. Angel biasanya merupakan pelabur pertama startup.

Secara kebiasaan, angel melabur semata-mata berdasarkan kepentingan sendiri dan bukan sebahagian daripada syarikat seperti VC. Cuma, ada sesetengah angel yang membuat pelaburan sebagai sebahagian daripada syndicate.

Syndicate

Syndicate ialah tujuan khas untuk melabur dalam sesuatu pelaburan. Pelabur akan menyokong syndicate dan pelabur utama untuk menyokong startup. Selalunya, syndicate menumpukan kepada startup di dalam fasa yang paling awal (seed stage companies) berbanding startup yang telah berkembang.

Accelerator

Accelerator merupakan program bersepadu yang dapat membantu startup untuk mempercepatkan fasa growth melalui bimbingan, ruang kerja dan sumber kewangan. Selalunya, program ini berlangsung dalam jangka masa pendek sekitar 3 hingga 6 bulan. Namun, ada juga program yang berlangsung lebih lama.

Berbanding incubator, accelerator dapat membantu untuk mengembangkan perniagaan dengan cepat. Antara accelerator yang terkenal ialah Y Combinator (Airbnb, Stripe, Coinbase etc.)

Incubator

Seperti accelerator, incubator turut memberi tumpuan dalam membimbing dan pembiayaan dana untuk startup. Cuma yang membezakan adalah incubator telah memberi tumpuan kepada startup ketika fasa ideasi.

Tujuan utama incubator adalah bagi membantu memupuk idea supaya menjadi produk yang sebenar.

Seed (Peringkat awal)

Peringkat awal dalam startup biasanya merupakan peringkat funding equity yang pertama. Ada juga startup yang mendapat funding walaupun semasa pada fasa pre-seed (fasa paling awal). Kebiasaannya, pelabur akan mendapat pegangan ekuiti atau convertible note sebagai pertukaran kepada wang tunai.

Ini ialah tahap dimana produk tersebut merdapat permintaan pasaran. Justeru, wang tunai diperlukan bagi membantu mengembangkan perniagaan tersebut.

Series A, B, C etc

Secara dasarnya, startup akan mengumpulkan wang pada setiap huruf berdasarkan kepada fasa dan perkembangan startup.

Walaupun kebanyakan startup akan melalui angel dan VC, namun ada juga startup yang memilih untuk melalui crownfunding bagi membiayai Series A. Setiap abjad akan menunjukkan tahap perkembangan startup. Kebanyakan startup akan mula mencari IPO setelah mencapai Series C.

Convertible Note

Ini merupakan instrumen pelaburan yang selalui digunakan oleh pelabur utama di dalam startup bagi menangguhkan penilaian awal sehingga ke funding round.

Convertible note pada mulanya dijadikan pinjaman. Namun akhirnya boleh berubah menjadi ekuiti apabila startup mula membuat penilaian nilai mereka.

IPO: Initial Public Offering

IPO ialah dimana syarikat swasta / syarikat yang tidak tersenarai yang memutuskan untuk mengumpulkan dana melalui penjualan sekuriti atau saham untuk pertama kalinya di pasaran awal – biasanya melalui bursa saham.

Saham yang baru dibuat dan ditaja jamin (underwritten) oleh perantara (biasanya bank) yang membimbing dan membantu syarikat melalui proses IPO.

DPO: Direct Public Offering

DPO ialah merupakan alternatif yang lebih murah daripada IPO dimana penaja jamin tidak digunakan. Ini bermaksud syarikat boleh terus pergi ke pasaran dimana internal stakeholders dapat menjual saham mereka secara langsung di bursa.

Walaupun cara ini telah digunakan bagi bisnes yang tidak mampu menjadi intermediary, banyak juga startup yang telah menggunakan kaedah ini (seperti Spotify) untuk memintas kos dan menyenarai secara terbuka.

Selalunya, startup yang dikenali seperti Spotify mempunyai daya tarikan yang tidak memerlukan lagi sumber tambahan bagi mempromosikan public offering mereka.

SPACS: Special Purpose Acquisition Companies

Dikenali sebagai syarikat cek kosong, SPAC mengumpulkan modal melalui IPO dengan tujuan untuk memperoleh syarikat sedia ada yang masih beroperasi. Ini bermasud bahawa syarikat tersebut beroperasi sebagai sebuah shell company sehingga pengambilalihan.

Biasanya, shell company dikendalikan oleh big-name underwriters (penaja jamin dengan nama yang dikenali) dengan pengkhususan dalam industri yang berbeza. Pada dasarnya, sekurang-kurangnya pada awalnya mereka membeli nama dan pelabur; bukannya pemerolehan itu sendiri.

Term Sheet

Term sheet merupakan dokumen yang menggariskan apa yang akan diterima oleh pelabur apabila mereka melaburkan wang tunai ke startup. Ini termasuk peratusan pemilikan startup dan voting rights mereka.

Sweat Equity

Sweat equity merupakan isitilah yang biasanya disebut sebagai tindakan memberi saham syarikat sebagai pertukaran untuk kerja yang dilakukan (bukan wang tunai). Biasanya, hal ini dilakukan pada peringkat awal startup apabila tidak ada pendapatan yang dihasilkan.

Terma am startup

Unicorns

Ini adalah startup yang mencapai penilaian 1 bilion dolar +.

Decacorns

Ini adalah startup atau bisnes yang telah mencapai penilaian 10 bilion dolar +

Hectocorns

Ini adalah startup atau bisnes yang telah mencapai penilaian 100 bilion dolar +

Dragon

Ini adalah startup yang mengumpulkan lebih dari $ 1 bilion dalam satu pusingan.

Acqui-hire

Ini adalah startup yang dikenali untuk nilai bakatnya berbanding produknya.

B2B Business to Business

Merupakan startup yang memfokuskan kepada urusan perniagaan secara terus kepada perniagaan lain.

B2C Business to Consumer

Merupakan startup yang memfokuskan kepada urusan perniagaan secara terus kepada pelanggan.

SaaS (Software as a Service)

SaaS merupakan istilah biasa bagi sesuatu sebagai servis. Tetapi ada juga istilah lain yang baru muncul setiap hari termasuk PaaS, DaaS dan banyak lagi.

Boot-Strapping

Boot-strapping ialah terma yang digunakan untuk usahawan yang melancarkan dan membina startup tanpa mengumpulkan wang (dana) terlebih dahulu.

FMA: First Mover’s Advantage

Situasi First Mover’s Advantage ialah dimana startup mempunyai kelebihan berbanding pesaingnya kerana menjadi yang pertama dalam kategori produknya sendiri. Sebagai contoh, Amazon menjadi salah satu kedai buku dalam talian besar pertama.

Menjadi FMA tidak bermaksud akan sentiasa berjaya. Slack adalah contoh yang baik dari startup yang mempunyai FMA tetapi akhirnya kalah dengan Microsoft Teams.

Kesimpulan

Kami berharap agar senarai ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia startup.